Sunday, April 2, 2017

Busuk Hati Si Peter Chan, Guna Mahkamah Sabotaj Projek Kelolaan Anak Syarikat Kerajaan Perak  



Mahkamah Tinggi Ipoh keluarkan arahan supaya projek pembinaan kelolaan anak syarikat kerajaan Perak menghentikan kerja-kerja  pembinaan serta merta.

Arahan itu dikeluarkan setelah Mahkamah Tinggi Ipoh menerima permohonan SuperBoom Project Sdn Bhd selaku syarikat pemaju The Haven.

Sekarang, Peter Chan selaku CEO The Haven dah main kotor guna mahkamah nak puaskan nafsu tamak haloba dia.

The Haven failkan kes ni di mahkamah kononnya projek pembinaan berkenaan mengakibatkan kesan negatif sekiranya ia diteruskan juga.

Memang sejenis manusia tak berhati perut. Dia tak dapat projek tu, dia cuba buat kacau bila syarikat lain nak majukan kawasan tu.

Mungkin si Peter Chan ni ingat semua tapak tanah di Perak ni dia punya. Hanya syarikat dia saja yang boleh majukan dan lakukan pembinaan.

Apabila kerajaan Perak bagi syarikat lain projek tu, makanya dia mula gelabah ayam mungkin sebab risau kondominium dia tak laku.

Apa tidaknya, harga paling murah untuk satu unit rumah adalah RM650 ribu. Jadi bila ada syarikat lain nak bina perumahan kos rendah di kawasan berhampiran, mula la dia buat kacau.

Sebelum ini, si Peter Chan tu ada upah beberapa manusia buat demonstrasi bantahan kononnya penduduk sekitar projek berkenaan bangkang ia dilaksanakan.

Siap hantar petisyen kepada Menteri Besar Perak, dan sekarang dia bawa pula ke Mahkamah Tinggi.
Memang licik permainan kotor Peter Chan ni, walaupun pemaju projek tu sebelum ini telah mendapat kelulusan oleh Datuk Bandar dan Majlis Bandaraya Ipoh untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan.

Namun, akibat daripada permainan kotor Peter Chan ni maka projek berkenaan terpaksa dihentikan.

Padahal, pemaju bagi projek tu, telah pun memulakan kerja pembinaan dalam menaiktaraf parit sedia ada kepada satu parit monsun di kawasan itu.

Mujurlah pemaju berkenaan bijak dan tidak mudah melatah apabila projek berkenaan disabotaj oleh Peter Chan.

Usaha gigih syarikat berkenaan mencari bahan bukti bagi menunjukkan bahawa apa yang dinyatakan Peter Chan itu semuanya hanya fitnah belaka.

Wakil dari syarikat berkenaan telah membuat kenyataan bahawa projek berkenaan tidak akan memberi kesan kepada penduduk sekitar.

Tak adenya banjir hanya kerana wujudnya projek berkenaan di kawasan Tambun tu. Peter Chan sengaja buat fitnah agar projek berkenaan dihentikan. Memang niat beliau agar penduduk sekitar membantah pembinaan itu.

Busuk sungguh hati perut si Peter Chan ni.
Menurut wakil dari pemaju itu, kerja-kerja pembinaan masih belum bermula pun lagi. Apa yang sedang dilakukan baru di peringkat permulaan. Pemaju hanya menjalankan kerja membaikpulih system perparitan sebagai persediaan apabila hujan sepanjang projek itu dilaksanakan.
Jadinya, air akan terus disalirkan ke kolam tadahan bagi mengelakkan banjir. Tetapi, itu pun dapat bantahan.

Sekiranya kerja-kerja baik pulih itu tidak dibuat atau dihentikan, memanglah terdapat kemungkinan berlakunya banjir.

Majlis Bandaraya Ipoh mesti dah semak perancangan pemaju berkenaan dan kemudian baru buat keputusan untuk meluluskan.

Memang antara perancangan pemaju untuk memperbaiki sistem saliran sebab risiko untuk berlakunya banjir ketika projek berkenaan dijalankan memang wujud.

Bagaimanapun, sekiranya langkah-langkah awal dah diambil awal-awal, jadi apa yang nak dirisaukan lagi.
Sepatutnya pembinaan projek perumahan berkenaan boleh diteruskan. Tidak ada isu besar yang berbangkit.

Tetapi disebabkan si busuk perut Peter Chan ni yang sengaja mencipta kontroversi maka ia sekaligus menyebabkan pemaju berdepan dengan penangguhan projek berkenaan.

No comments:

Post a Comment