Thursday, April 6, 2017

Kehidupan Di The Haven Seperti Di Neraka


Wujudnya The Haven di bumi Perak sepatutnya memberi kebanggan kepada rakyatnya. Dengan promosi kononnya kediaman seperti hotel bertaraf 5 bintang serta mempunyai kualiti keselamatan paling tip top di muka bumi. Ketika The Haven mempromosi kediamannya salah satu elemen yang ditekankan adalah kehidupan yang tenang bagaikan di syurga.

Apa yang menjadi masalah sekarang, setelah ramai pihak membeli kediaman di The Haven kehidupan mereka tidak seperti apa yang dijanjikan. Celah mana ketenangan seperti di syurga tu tak tau lah.

Semenjak Peter Chan membuka The Haven sebagai resort atau hotel dan bukan lagi resident semata-mata maka kehidupan pemilik kediaman di kawasan itu bagaikan neraka.

Tiada lagi ketenangan yang dijanjikan sebaliknya hampir setiap malam dihantui dengan pekikan dan bunyian yang tersangat bising.

Kes terbaru, berlaku beberapa hari lalu apabila ada pihak yang membuat event di The Haven sehingga lewat malam. Tak tahulah event apa tetapi ia sememangnya menggangu ketenteraman pemilik kediaman di The Haven.

Kalau dah lebih pukul 10 malam, tak habis lagi memekak. Siapa yang tak marah.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah pemilik kediaman ni nampaknya tidak ada hak untuk bersuara. Ada saluran untuk membuat aduan namun, akhirnya mereka balik yang kena ugut.

Kita bukan cakap tanpa bukti, ini video yang berjaya kita dapat. Korang boleh tengok sendiri ntah event apa, punya bising tengah-tengah malam. Lagi lewat malam, lagi riuh dan bising keadaan event tu. Siapa yang tak marah kan?

Pemilik kediaman ni sebenarnya tidak ada jalan untuk keluar dari tempat seperti neraka tu. Pada mulanya, ada juga mereka ugut pihak pengurusan The Haven untuk menjual balik rumah di kawasan itu namun lain pula respon yang diterima.

Ada diantara mereka tidak boleh menjual semula kediaman di The Haven kerana tiada Title Strata lagi. Ini la antara sebab mengapa Peter Chan ni boleh besar kepala buat event di dalam The Haven.

Pemilik kediaman sekarang ni memang sedang sakit hati sebab janji komunis Peter Chan ni. Sudahlah kemudahan kena kongsi dengan penginap hotel, terpaksa menahan tekanan dengan kebisingan event.

Dimana kehidupan aman seperti yang diperkatakan ketika membeli rumah di The Haven tu pun tak tahulah??

No comments:

Post a Comment